Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap




Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Mohamad Azmi Haji Awang Damit, Mohammad Hasif Matzin





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 April. -  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini  berkenan menerima mengadap Menteri Pertanian dan Perhutanan, Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Assoc. Prof. Dr. Linkham Douangsavanh.


Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.


Tuan Yang Terutama Assoc. Prof. Dr. Linkham Douangsavanh telah berada di negara ini dari 28 April sehingga esok,  30 April 2025.


Menyertai TYT Assoc. Prof. Dr. Linkham Douangsavanh di sini ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Puan Yang Terutama Sengdavanh Vongsay; dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertanian dan Perhutanan, Republik Demokratik Rakyat Lao.


NBD dan Republik Demokratik Rakyat Lao telah menjalinkan hubungan dua hala melalui hubungan diplomatik pada 27 Julai 1993 dan satu pencapaian penting dalam hubungan dua hala berkenaan adalah kerjasama pertanian melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam kerjasama pertanian pada 25 Oktober 2022.


Turut hadir, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.


TYT Assoc. Prof. Dr. Linkham Douangsavanh berada di negara ini bagi menghadiri 2nd Joint Working Committee Meeting antara Kementerian Pertanian dan Perhutanan, Republik Demokratik Rakyat Lao dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, NBD.

Close